Suara Generasi Terbilang

Pewaris Masa Depan Negara

  • Breaking News

    Wednesday, August 2, 2017

    Tuduhan Parlimen Sembunyikan Isu 1MDB Tidak Berasas - Azalina. #MOFComms


    Tindakan pihak pembangkang yang mendakwa Parlimen sengaja menyembunyikan keterangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak berasas, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

    Beliau berkata dakwaan tiada satu soalan pun berhubung 1MDB dijawab adalah tidak tepat kerana terdapat empat soalan mengenai 1MDB iaitu daripada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Kelana Jaya, Seremban dan Segambut yang telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

    "Soalan-soalan yang tidak tersenarai mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

    -Bernama

    #MOFComms

    No comments:

    Post a Comment

    Iklan