Suara Generasi Terbilang

Pewaris Masa Depan Negara

  • Breaking News

    Wednesday, August 2, 2017

    Pasaran LEAP Bursa Bantu PKS Pacu Pertumbuhan -- Najib. #MOFComms


    Pasaran baharu Bursa Malaysia Bhd, Leading Entrepreneur Accelerator Platform atau Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP), akan dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang ke paras lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Melalui LEAP, yang dilancarkan secara rasmi oleh Najib hari ini di Invest Malaysia 2017 di sini, pelabur kaya boleh menyalurkan dana melalui pasaran modal kepada PKS.

    Perdana menteri berkata LEAP dapat menawarkan alternatif  kepada PKS mendapatkan dana dan mengembangkan perniagaan mereka.

    "Ini seiring dengan Pelan Induk PKS yang menyasar untuk meningkatkan bahagian sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bilangan pekerja dan jumlah eksport mereka.

    "Ia juga merupakan antara pelbagai inisiatif yang kerajaan adakan untuk melaksanakan transformasi dan ini membuktikan kepercayaan terhadap kerajaan dengan ekonomi cergas yang mesra perniagaan," kata beliau dalam ucaptama pada perasmian Invest Malaysia 2017 di sini.



    -- BERNAMA

    #MOFComms

    No comments:

    Post a Comment

    Iklan