Suara Generasi Terbilang

Pewaris Masa Depan Negara

  • Breaking News

    Wednesday, August 2, 2017

    Kejayaan NBOS Malaysia Dapat Perhatian Serantau. #MOFComms


    Kejayaan Malaysia melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan mendapat perhatian kementerian-kementerian pendidikan di negara-negara rantau ASEAN.

    Malah, kejayaan Malaysia melaksanakan NBOS turut dinyatakan pada Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-49 yang berlangsung di sini, hari ini.

    Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beberapa negara anggota SEAMEC turut melaksanakan idea  dan strategi yang sama seperti NBOS Malaysia dalam memperkasanakan pendidikan di negara masing-masing.  

    "Pelaksanaan NBOS dalam pendidikan negara telah memupuk kerjasama yang lebih erat selain penyelarasan antara agensi kerajaan serta meningkatkan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

    -Bernama

    #MOFComms

    No comments:

    Post a Comment

    Iklan