Suara Generasi Terbilang

Pewaris Masa Depan Negara

  • Breaking News

    Saturday, April 15, 2017

    Statistik Pelancong Yang Masuk Ke Malaysia Membuktikan Fitnah Pembangkang Memang Tidak Berasas. #MOFComms

    Fitnah Pembangkang Terhadap Ekonomi Negara Tanpa Asas, Berduyun-duyun Pelancong Luar ASEAN Datang Berbelanja Di Malaysia


    1. Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airport) baru-baru ini mengeluarkan statistik rekod penerbangan di Malaysia. Berdasarkan statistik tersebut, terbukti berlaku peningkatan dalam tempoh suku pertama bagi penerbangan antarabangsa dan domestik.

    2. Menurut Malaysia Airport, bagi suku pertama tahun 2017, bilangan penumpang penerbangan antarabangsa di KLIA meningkat sebanyak 12.6% iaitu daripada jumlah 8.958 juta kepada 10.085 juta penumpang. Bilangan penumpang bagi penerbangan domestik, berlaku peningkatan sebanyak 13.1% iaitu daripada jumlah 3.553 juta kepada 4.019 juta penumpang.

    3. Lapangan terbang domestik lain juga dilihat menunjukkan peningkatan yang ketara. Penumpang bagi penerbangan antarabangsa di lapangan terbang domestik selain KLIA meningkat daripada 1.483 juta kepada 1.607 juta penumpang bagi tempoh masa yang sama, iaitu kadar peningkatan sebanyak 8.4%. Sementara itu trafik lalu lintas udara meningkat sebanyak 6.9% iaitu peningkatan kepada 7.674 juta penumpang.

    4. Secara keseluruhannya bagi suku pertama 2017 ini, berlaku peningkatan sebanyak 10.5% iaitu sebanyak 23.385 juta penumpang berbanding tahun sebelumnya hanya 21.169 juta. Peningkatan terbesar dilihat pada penumpang penerbangan antarabangsa dari luar ASEAN. Penumpang ini disasarkan menetap lebih lama di Malaysia dan dikategorikan sebagai pelancong yang berbelanja tinggi.

    5. Suku pertama 2017, penumpang penerbangan antarabangsa dari luar ASEAN di KLIA meningkat 12.7% kepada 5.399.000 daripada 4.789.000 orang. Lapangan terbang selain KLIA, pula mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 31.2%, daripada 524,000 kepada 688,000.

    6. Terbukti fitnah pembangkang bahawa ekonomi negara semakin tenat adalah palsu dan tanpa asas. Perkara ini dibuktikan dengan peningkatan pelancong masuk ke dalam negara yang sangat mendadak.

    #MOFComms

    No comments:

    Post a Comment

    Iklan